Persaudaraan Yang Membawa ke Syurga

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.” (Hadith Riwayat Muslim)

Abdullah ibn as-Salam meriwayatkan: “Ketika Nabi saw buat pertama kalinya menjejak kakinya di bumi Madinah, orang ramai berduyun-duyun mengerumuninya, dan saya merupakan salah seorang daripada mereka. Saya perhatikan pada wajah Baginda; dan dari situ tahulah saya bahawa beliau bukanlah seorang pendusta. Kata-kata pertama yang lahir daripada Baginda ialah: ‘Wahai manusia, ucapkanlah salam, berilah makan,
eratkanlah silaturahim, dan kerjankanlah solat malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak, dan kamu akan masuk Syurga dengan sentosa.” (Ini diriwayatkan oleh al-Hakim, Ibn Majah, dan at-Tirmizhi yang menganggap hadis ini adalah hadis sahih dan hasan)

Bersatu Hati Dalam Syurga

Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka, dan mereka juga adalah ahli syurga. Antara golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah orang Islam yang bersatu hati.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a: ”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Golongan yang pertama sekali masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)

Di syurga persaudaraan Islam dipraktikan dan dihilangkan perasaan dengki itu.

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Ahli syurga itu seperti adik-beradik yang tingal dalam satu taman, saling mengasihi dan tolong-menolong tanpa sebarang perasaan hasad dengki.Masing-masing berpuas hati dan tidak merasa terkilan dengan mahligai yang diberikan oleh Allah swt., walaupun berbeza keluasan, besar dan ada yang diberikan mahligai daripada emas, perak.

Hasad dengki itu ditimbulkan oleh syaitan yang bertapak dalam darah yang kotor yang berada dalam jantung kita. Di syurga tiada syaitan, maka tiadalah perasaan hasad dengki.

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidak bersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:

Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: