Bersihkan Diri Sebelum Menghadap Allah SWT

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

Allah SWT telah memfardhukan wuduk kepada mukmin sebelum mereka menghadapnya di dalam ibadat Solat. Wuduk bukan sahaja membersihkan kotoran zahir, malah ia juga kotoran batin iaitu dosa. Setiap dosa atau maksiat menumbuhkan mengotorkan hati dan sekiranya tidak dibersihkan , maka ia akan menutup cahaya iman dalam hati kita. Salah satu cara membersihkan kotoran batin itu dosa ialah dengan berwuduk:

Daripada Saidina Umar r.a. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim).

Banyak hadith-hadith yang menerangkan bahawa, dosa-dosa yang dilakukan oleh mata, kaki, telinga dari anggota-anggota yang telah dibasuh atau disapu, akan gugur ketika berwuduk dan keluar bersama titisan air wuduk.

Membasuh Muka.

Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat yang biasa ditumbuhi rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan secara melintang pula adalah dari satu anak telinga hingga ke anak telinga yang lain (kanan ke kiri).

Membasuh dua tangan hingga dua siku.

Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

Menyapu sedikit kepala.

Berbeza dengan anggota lain, kepala hanya wajib disapu dan bukannya dibasuh. Menyapu berbeza dengan membasuh iaitu apabila menyapu air itu tidak meleleh seperti ketika membasuh atau mandi.

Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala. Dalam mazhab Syafie cukup sekadar mencuit sedikit bahagian kepala, mazhab Hanafi pula satu perempat kepala dan Maliki seluruh bahagian kepala.

Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

Dari Abdullah bin Umru RA., ia berkata: Bersama Rasulullah saw. kami kembali dari Mekah menuju Madinah. Ketika kami berada pada sebuah oasis di tengah jalan, beberapa orang tergesa-gesa menunaikan salat Asar. Mereka berwudu dengan tergesa-gesa. Lalu kami dekati mereka, tampak tumit mereka tidak terkena air, maka Rasulullah saw. bersabda: Siksa neraka bagi (pemilik) tumit itu. Sempurnakanlah wudu anda. (Riwayat Muslim).

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: