Etika Makan Berjemaah

Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu“ (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi).

Islam sangat menjaga adab dalam semua hal termasuk dalam bab makan dan melayan tetamu. Sunnah makan secara berjemaah dan orang Arab biasanya akan makan dalam satu talam secara berjemaah, misalnya 5 orang dalam satu talam. 

Keberkatan Makan Berjemaah

Dinginkanlah makanan kamu (sebelum dimakan), nescaya makanan itu diberkati (Riwayat Ibnu Addi). Apabila seseorang makan makanan yang terlalu panas, dia akan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Maka tiadalah keberkatan atau lebihan daripada makanan yang sepatutnya boleh dikongsi.

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang. [Sahih Muslim : 3843]

Nabi Sollallaahu Alayhi Wa sallam melarang memakan makanan yang masih panas kecuali panasnya telah reda (Riwayat Thabrani). Nabi Sollallaahu Alayhi Wa sallam melarang meniup-niup makanan dan minuman (Riwayat Ibnu Abbas).

Memakan makanan atau meminum minuman yang terlalu panas juga membahayakan kesihatan. Biarkan ia sejuk terlebih dengan sendiri tanpa meniupnya.

Sunnah Memberi Makan Kepada Tetamu

Nabi SAW berwasiat kepada Sayyidina Ali k.r.m.wj. maksudnya : “Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah seseorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”

Sunnah nabi s.a.w ialah memberi makan apa yang tetamu suka makan. (tanya dia dulu apa makanan kegemarannya) Beli atau masak makanan yang mereka makan. Walaupun tetamu itu musuh kita, layanlah dia sebaik mungkin kerana rezeki mereka tuhan telah letakkan dalam rumah kita. Allah mengampuni dosa ahli rumah yang melayan tetamunya dengan baik sekalipun dia adalah musuh yang sangat dibenci.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: