Jangan Bepecah dn Bertengkar Sesama Islam

Aali-Imran [103] … dan janganlah kamu bercerai-berai …Dalam sebuah hadis disebut, “……..Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab“. (Riwayat Baihaqi). Di dalam riwayat yang lain dinyatakan, “jangan kamu bertengkar dengan saudaramu” dan “Tidak dikalangan kami orang yang mengangkat senjata sesama Islam”. Daripada Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Jangan Bertengkar Sesama Islam

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Had Maksima Tidak Bertegur Sesama Islam

Bahkan dalam Islam; sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa).  Rasulullah s.a.w. bersabda “Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari” ( Riwayat Bukhari)

Perpecahan Melemahkan Umat Islam

Perbuatan tidak bertegur sapa sesama Islam  boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya umat Islam menjadi lemah. Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidak bersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:

Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.

Bersatu Kerana Agama Yang Menghadap Kiblat Yang Sama

Janganlah mengkafirkan orang Islam yang lain walaupun mereka tidak sefahaman dengan kita.  Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyebut, “Jangan kafirkan mereka yang sembahyang menghadap kiblat”.

Umat Islam bersaudara atas dasar agama dan diselamatkan dari neraka dengan nikmat Allah melalui agama Islam:

…dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (Ali-Imran:103).

Umat Islam hendaklah bersatu dan bersimpati antara satu sama lain sepertimana yang ditunjukkan oleh para sahabat Nabi:

Al-Fath [29] : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). …

Kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: