Tugas Dakwah

Ali-Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Tugas para nabi dan rasul adalah berdakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan. Para nabi bersifat amanah dalam menyampaikan dakwahnya iaitu mereka hanya menyampaikan apa yang disuruh sahaja tanpa ditokok tambah. Sifat para Nabi ialah Tabligh iaitu menyampaikan.

Tugas ini diteruskan oleh para sahabat r.a.. Para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik umat kerana mereka melakukan kerja dakwah. Para sahabat Baginda mendapat didikan secara “direct” (terus) daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga mengikuti setiap duduk-bangun (cara hidup) Rasulullah s.a.w. dalam semua aspek samada pakaian, pergaulan dan tuturkata. Islam tersebar melalui mereka yang menyampaikan kandungan Al-Quran dan hadith ke serata dunia. Sayyidina Abu Bakar adalah orang yang pertama menjalankan kerja dakwah dan tabligh (menyampaikan Islam). Setelah memeluk Islam, beliau bertanya kepada Rasulullah saw “apakah yang boleh saya lakukan?”. Maka Rasulullah menyuruhnya berdakwah dan mengajak manusia kepada Islam. Dihari pertamanya berdakwah, beliau berjaya mengajak 4 atau 5 orang kepada Islam.

Tugas dakwah ini kemudiannya diteruskan oleh para ulama yang merupakan pewaris nabi. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad )

Kita pula adalah umat terbaik yang ditugaskan untuk berdakwah. Hendaklah ada satu group (walaupun sedikit bilangannya) yang melakukan gerakan dakwah. Di dalam sesebuah kawasan atau kampung, hendaklah ada sekumpulan yang keluar untuk belajar ilmu agama dan kembali ke kampung halamannya untuk berdakwah dan mengajar ilmu agama:

At-Taubah [122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: