Hari Muka Putih Atau Hitam

Ali-Imran [106] (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu.[Ali-Imran:107] 

Di hari raya manusia menuju ke masjid dengan memakai baju baru yang berwarna-warni. Di hari kiamat pula, manusia menuju ke Padang Mahsyar dengan muka yang putih (berseri-seri) atau hitam (gelap).  Mereka yang mukanya berseri-seri ialah kesan dari wuduknya yang sempurna.

Para sahabat bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk….

Hari Kiamat adalah hari yang mengemparkan. Namun dalam keadaan seperi itu pun Rasulullah s.a.w. tetap mengenali umatnya.

Hari yang menggemparkan, (Al-Qariah:1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:3) (Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qariah:4)

Rasulullah s.a.w. juga mengenali umatnya di Padang Mahsyar melalui tanda yang terdapat pada muka mereka yang berseri-seri. Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dgn cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana kesan bekas wudhu’.” [sahih Bukhari, kitab wudhu’]

Sabda Rasululullah s.a.w. “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar/gugur dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir…” (Riwayat Muslim)”. 

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”.

Begitu juga orang yang bersalah, mereka juga dapat dikenali…

Ar-Rahman [41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka)

Az-Zumar [60] Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

Mereka Yang Murtad Hitam Mukanya Di Hari Kiamat

….Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu.[Ali-Imran:107] 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: