Allah Tidak Menzalimi Makhluknya

Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya. (Ali-Imran:108)

Semuanya Milik Allah

Mahkamah Allah tidak berat sebelah. Allah tidak rugi jika semua orang masuk syurga dan Allah tidak untung jika semua orang masuk neraka.

Seorang hamba itu melakukan kezaliman dalam sesuatu kerja apabila ia melakukannya secara tidak tepat iaitu apabila ia bertindak ke atas hak milik orang lain. (Kitab Sirus Salikin)

Sebagai contoh seorang manusia melakukan kezaliman misalnya apabila ia membina rumah di atas tanah yang bukan miliknya atau menyembelih haiwan yang bukan miliknya.

Allah SWT tidak zalim kerana DIA bertindak dan melaksanakan sesuatu perkara ke atas hak milikNYA, Allah memiliki segala-galanya di alam ini. Maka kita tidak bleh fikir Allah melakukan kezaliman apabila Allah menjadikan seseorang itu kafir dan memasukkannya ke dalam neraka kerana semua makhluk di muka bumi ini adalah miliknya.Semuanya milik Allah, walaupun sehelai bulu roma di badan kita atau setengah nafas kita. Semuanya diberi oleh Allah sebagai kemudahan asas untuk kita hidup di dunia ini.

Takdir Juga Mengikut Pilihan Manusia dan Boleh Diubah Dengan Doa

Allah SWT juga tidak zalim dalam soal takdir kerana Allah SWT menulis takdir mengikut pilihan manusia itu sendiri samada mereka memilih untuk beriman atau mereka memilih untuk kufur. 

Takdir bermaksud ketetapan Allah Subhanahuwata’ala. Terdapat 2 jenis Takdir iaitu Takdir Mubram dan Takdir Muallaq. Takdir Mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, misalnya mati, mati adalah sesuatu yang tidak boleh diubah kerana ia pasti berlaku ke atas setiap insan. Takdir Muallaq pula ialah takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Sebagai contoh, seseorang yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, dia boleh berusaha dengan melakukan kerja-kerja sampingan dan berdoa supaya ditambah rezekinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seseorang itu terhalang rezekinya disebabkan dosa yang dilakukannya; tidak ada yang boleh menolak takdir melainkan dengan doa dan tidak bertambahnya umur kecuali dengan amal kebajikan” (Riwayat Ibnu Hibban).

Allah Tidak Menzalimi Hambanya

Pernah seorang wanita yang mendukung anaknya bertanya kepada Nabi, betulkah Allah menyayangi manusia lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya. Nabi menjawab “Ya, betul“

Kemudian tanya peremuan itu lagi “Kalau begitu, mengapa Allah sanggup memasukkan manusia ke dalam neraka, sedangkan Allah menyayangi manusia lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya.

Nabi termenung seketika, mengalir air mata di pipinya. Sehinggalah Allah memberikan jawapan, yang dimasukkan ke neraka adalah mereka yang degil atas kejahatan, maksiat dan tidak bertaubat.

Qaf [24] (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.

Qaf [25] Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,

Qaf [26] Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya

Allah tidak berlaku zalim pada hambanya.

Qaf [29] ……dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: