Empat Amalan Yang BerKedudukan Tinggi

Bebaskanlah tawanan perang, sahutlah seruan, berilah makan orang yang lapar dan ziarahilah orang yang sakit (Riwayat Abu Musa Al-Asyari)

Membebaskan Hamba

Memerdekakan atau membebaskan hamba diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah Subhanahuwata’ala:

Al-Balad [11] : Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; [12] : Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] : (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] : Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] : Kepada anak yatim dari kaum kerabat.

Sahutlah Seruan

Seruan yang paling utama ialah seruan azan. Sahutlah dengan menjawab azan itu dan berjemaah di masjid. Jika tidak dapat berjemaah di masjid, berjemaahlah di rumah bersama keluarga.

Memberi Makan Kepada Orang Yang Lapar (Miskin)

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)

Menziarahi Orang Sakit

Diriwayatkan oleh Muslim, diambil dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari Kiamat: Wahai manusia, aku sakit tapi kamu tidak menziarahiku. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak menziarahiMu, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu sakit, tapi kamu tidak menziarahinya? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu menziarahinya maka kamu akan mendapati Aku di sisinya?

Allah memberi perhatian yang tinggi dan kasih sayangnya kepada hambanya yang sakit dan hambanya yang kelaparan. Kerana itu disebut “Aku berada disisinya

Seorang muslim yang menziarahi saudara Islamnya juga didoakan oleh 70 ribu malaikat agar diampuni dosanya. Dalam sebuah hadith disebut “Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga.”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: