Kebaikan Menghindarkan Keburukan Yang Teruk

Perbuatan ma’ruf (baik) dapat menghindarkan keburukan yang membinasakan (Riwayat Abu Said Al-Khudri). Apa saja amalan kebaikan yang dilakukan dapat mengindarkan pelakunya dari sebarang kemalangan atau musibah yang teruk. Sebagai contoh, jika seseorang mengalami kemalangan kereta, hanya keretanya sahaja yang kemek sedikit tetapi orang itu tidak mati atau tidak mengalami cedera parah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi dapat memadamkan murka Tuhan, dan sesungguhnya silaturrahim dapat menambahkan umur. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang ma’ruf (baik) dapat menghindarkan keburukan-keburukan yang membinasakan, dan sesungguhnya ucapan “Laa Ilaaha Illallaah” dapat menghindarkan orang yang mengucapkannya dari sembilan puluh sembilan (99) musibah, dan musibah yang paling rendah adalah dukacita (Riwayat Ibnu Asakir melalui Ibnu Abbas r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (Riwayat Thabrani ). Dalam hadith yang lain pula disebut, Rasulullah saw bersabda,  “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan sopak“  (Riwayat Thabrani ).

Abu Laits Al-Laits Samarqandi yang menulis kitab Tanbihul Ghafilin menceritakan tentang Nabi Isa a.s. yang memasukki sebuah kampung yang di dalam kampung itu ada seorang tukang dobi yang tugasnya membasuh pakaian. Lalu berkatalah penduduk kampung itu “Wahai Isa, tukang dobi itu mencarik-carikkan kain kami dan tidak mengembalikan kain kami. Berdoalah kepada Allah agar dia tidak dapat kembali ke rumahnya kerana dia tidak mengembalikan kain kami. Maka Nabi Isa a.s. berdoalah kepada Allah s.w.t.

Suatu hari tukang dobi itu pergi ke tempat membasuh pakaian dan dia membawa bekal sebanyak tiga keping roti. Kemudian datang seorang abid (lebai) yang sedang beribadah di bukit dan memberi salam kepada tukang dobi itu lalu berkata “Adakah kamu mempunyai makanan, berikan sedikit makanan kepadaku kerana aku sudah beberapa hari tidak makan. Lalu diberikan roti dan lebai itu dan berdoa ” Semoga Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu”. Kemudian diberikan sekeping roti lagi dan berkata lebai itu “Semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Lalu diberikan sekeping roti lagi dan lebai itu berkata “Semoga Allah membina mahligai untukmu di syurga”.

Apabila hari telah petang, tukang dobi itu kembali ke rumahnya. Maka berkata penduduk kampungnya “Wahai Isa, tukang dobi itu telah kembali. Lalu Nabi Isa berkata “Panggil dia berjumpa denganku” Setelah datang tukang dobi itu, Nabi Isa berkata “Wahai tukang dobi, ceritakan kepadaku apa yang telah engkau lakukan pada hari ni”.

Kata tukang dobi “Seorang pengembara telah berjalan dari bukit dan datang kepadaku meminta sedikit makanan, lalu aku memberikannya tiga keping roti dan dia mendoakan aku untuk setiap keping roti yang aku berikan itu. Tukang dobi itu juga membawa satu bungkusan pakaian. Maka bersabda Nabi Isa a.s. “Serahkan bungkusan itu kepadaku” Lalu diserahkan bungkusan itu dan dibukanya, tiba-tiba di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang dibelenggu oleh rantai besi.

“Wahai ular, bukankah engkau telah ditugaskan menyerang lelaki ini”. Katanya “Benar, tetapi ketika datang pengembara dari bukit meminta sedikit makanan dan diberikan makanan, setiap keping roti yang diberikan didoakan baginya dan malaikat mengaminkan doanya. Maka Allah s.w.t menyuruh malaikat membelenggu aku dengan rantai besi. Lalu bersabda Nabi Isa a.s. “ Hai tukang dobi, perbaikilah amalan kamu, sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu berkat sedekahmu itu”

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: