Keikhlasan dan Merahsiakan Amalan Sunat

Kelebihan solat malam (tahajjud) mengatasi kelebihan solat di siang hari seperti kelebihan sedekah (sunat) secara sembunyi mengatasi kelebihan sedekah secara terang-terangan (Riwayat Ibnu Malik daripada Ibnu Mas’ud r.a.)

Ibadat dan Amalan Sunat Afdal Dirahsiakan

Sedekah yang sunat afdhal dilakukan secara senyap-senyap (sembunyi). Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya” Sedekah juga menyejukkan Alam Barzah yang panas.

Kelebihan Tahajjud

Abdullah ibn as-Salam meriwayatkan: “Ketika Nabi saw buat pertama kalinya menjejak kakinya di bumi Madinah, orang ramai berduyun-duyun mengerumuninya, dan saya merupakan salah seorang daripada mereka. Saya perhatikan pada wajah Baginda; dan dari situ tahulah saya bahawa beliau bukanlah seorang pendusta. Kata-kata pertama yang lahir daripada Baginda ialah: ‘Wahai manusia, ucapkanlah salam, berilah makan,
eratkanlah silaturahim, dan kerjakanlah solat malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak, dan kamu akan masuk Syurga dengan sentosa.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim, Ibn Majah, dan at-Tirmizhi)

Keikhlasan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima apa-apa amalan melainkan amalan yang dilakukan khas untuknya dan diharapkan supaya Allah memperkenankannya” (Riwayat An-Nasai melalui Abu Umamah)

Allah melihat kepada keikhlasan sesorang dalam melakukan amalan. Hati hendaklah baik dan ikhlas samada dalam hubungan dengan Allah juga dalam hubungan sesama manusia. Bahkan manusia tidak akan menerima persahabatan yang tidak ikhlas, misalnya persahabatan hanya untuk sesuatu kepentingan.

Ulama dahulu mengajar kita menyebut “Sengaja aku sembahyang kerana Allah” supaya kita mengikhlaskan atau melakukan sembahyang secara sukarela, daripada kehendak hati dan bukannya kerana paksaan.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: