Mintalah Syurga Penthouse

Di dalam syurga terdapat seratus darjat (tingkat), jarak di antara satu tingkat ke tingkat yang lain seperti jarak di antara langit dan bumi. Dan tingkat yang paling tinggi adalah syurga Firdaus; dari Syurga Firdauslah mengalir sungai-sungai yang empat itu; dan di atas syurga Firdaus terdapat Arasy. Apabila kamu memohon kepada Allah, maka mintalah kepadanya Syurga Firdaus (Riwayat Hakim)

Tidak Salah Meminta Syurga

Nabi Ibrahim a.s. sendiri pernah berdoa seperti yang diceritakan dari firman Allah s.w.t “Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim; (Shuara:85)

Berdoa meminta syurga tidaklah menjadi kesalahan, kerana ini pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang diceritakan kepada kita di dalam Al-Quran sebagai pengajaran. Bahkan Allah s.w.t. merasa hairan dengan orang yang tidak meminta syurga. Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t. merasa hairan kepada seseorang yang meminta, tetapi tidak meminta syurga, dan kepada seseorang yang memberi tetapi bukan memberi kerana Allah, serta kepada seseorang yang meminta perlindungan, tetapi tidak meminta perlindungan daripada neraka..”(Riwayat Al-Khatib)

Darjat dan Status Di Akhirat

Israa [21]……dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Perbezaan darjat atau kedudukan (status) di akhirat adalah sangat banyak berbanding darjat di dunia. (wa akbaru darajatin…). Kalau di dunia status itu diukur bermula daripada Perdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa yang berkaki ayam. Namun di akhirat statusnya sangatlah banyak dan status yang paling tinggi adalah milik Rasulullah s.a.w., manakala status yang paling rendah ialah ahli syurga yang diberikan mahligai seluas 3 buah negara.

Syurga yang paling tinggi ialah al-Firdaus, umpama penthouse yang diberikan kepada golongan VIP yang kebanyakannya terdiri daripada golongan terdahulu dan sedikit sahaja daripada golongan kemudian..(Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin).

Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

Golongan VIP bertemu Allah s.w.t setiap hari, ahli syurga yang lain pula bertemu Allah setiap Hari Jumaat dan kaum perempuan pula bertemu Allah s.w.t dua kali setahun iaitu pada 2 hari raya. Namun semua ahli syurga redha dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: