Menyucikan Hadas Besar

…dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib (Maidah:6)

Hadas besar bermaksud suatu perkara besar yang telah berlaku ke atas seseorang (persetubuhan, suci dari haid dan nifas) yang memerlukannya mandi untuk membersihkan diri sebelum menghadap Allah SWT, terutamanya dalam ibadat Solat.

Dalam mazhab Syafie, rukun mandi wajib ada 3 perkara.

  • Pertama niat mengangkat hadas besar atau seumpamanya.
  • Kedua meratakan air ke seluruh badan, termasuk rambut, sanggul, celah-celah badan, tangan dan kaki.
  • Ketiga menghilangkan najis atau kotoran yang ada di badan termasuk apa-apa sahaja yang menghalang air sampai ke kulit badan seperti cat dan sebagainya.

Beberapa Perbezaan Antara Mazhab

Mazhab hanafi tidak mewajibkan niat tetapi seseorang itu mendapat pahala jika dia berniat.

Dalam mazhab Maliki pula wajib menggosok anggota yang mampu dicapai oleh tangan, manakala mazhab lain pula sunat menggosok badan.

Dalam mazhab Hanbali dan Hanafi, berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam mulut adalah satu daripada rukun mandi hadas, manakala dalam mazhab Syafie ianya adalah perkara sunat. Mazhab Hanafi mewajibkan berkumur kerana mengganggap ia sebagai anggota luar (ketika mulut di buka).

Dalam Mazhab Syafie seseorang perempuan wajib membuka sanggulnya manakala mazhab Hanafi tidak mewajibkan sanggul itu dibuka dan cukup sekadar disirami air ke atasnya.

Dalam Mazhab Syafie, wajib menyampaikan atau memasukkan air ke dalam dubur. Dalam mazhab Hanafi, tidak perlu kerana ia bukanlah anggota luar.

Dalam mazhab Hanafi boleh tampal iaitu menyapu anggota yang tidak kena/sampai air tanpa perlu diulangi mandi manakala dlam mazhab Syafie hendaklah mengulangi mandi itu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: