Kembali Kepada Allah SWT

dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109)

Allah cipta kita tidak sia-sia atau main-main, dan kita akan kembali kepadanya:

Al-Mukminun [115] Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Dikembalikan Untuk Diberi Pembalasan

Setiap makhluk Allah akan dikembalikan kepadanya, samada manusia, jin atau binatang. Bahkan binatang juga dibangkitkan semula dan diberi peluang untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh binatang lain terhadap mereka.

Benar-benar Allah akan memberikan semua tuntutan kepada yang berhak menerimanya di hari kiamat, sehingga seekor kambing yang bertanduk (yang pernah ditanduk) akan (disuruh) menanduk kambing yang bertanduk (yang pernah menanduknya). (Riwayat Muslim)

Namun binatang yang dibangkitkan itu akhirnya akan kembali menjadi tanah. Berbeza dengan manusia dan jin yang akan dikekalkan untuk diberikan balasan, walaupun ada golongan kafir yang meminta agar mereka kembali menjadi tanah.

An-Naba [40] Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).

Semua manusia akan kembali kepada Allah dan ditempatkan samada di syurga, neraka atau di Al-A’raaf. 

A’raaf [46] Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok “Al-A’raaf “(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A’raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum” (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

A’raaf [47] Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.

Orang-orang yang sama berat timbangan amal baik dan jahatnya akan ditempatkan di satu tempat sementara iaitu di A’raaf bersama-sama orang gila dan mereka yang tidak sampai seruan Islam atau apa-apa agama serta kepercayaan (mereka yang hidup seperti binatang, sekadar makan-minum). Namun akhirnya mereka akan di masukkan ke dalam syurga kerana ia hanyalah tempat sementara.

A’raaf[48] Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A’raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu.

A’raaf[49] (Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita.

Allah juga telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, sepertimana Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga.

Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: