Sebuah Perbandingan

Tanaman memerlukan baja dan baja yang berkualiti akan menghasilkan buah yang baik. Amalan pula memerlukan baja iman dan keikhlasan barulah ia akan menghasilkan pahala di akhirat nanti. Tanaman juga perlu dipagari daripada serangan serangga agar pokok dan buahnya tidak musnah. Amalan pula perlu dibenteng daripada syirik, kufur dan maksiat agar ia tidak sia-sia. Baca baki entri ini »

Hasil Daripada Kesabaran

Kata pepatah asing “Hasil kesabaran ialah buah yang manis”. Bersabarlah dalam beribadat, melakukan ketaatan, menyampaikan Islam, menghadapi kesusahan dan apa jua ujian daripada Allah swt. Bersabarlah daripada melakukan kemaksiatan, sabarlah atas kemiskinan, , sabarlah dalam penganiayaan, sabarlah dari kejian orang-orang kafir kerana balasannya ialah pahala yang tidak terhitung, penghapusan dosa dan syurga yang kekal abadi. Baca baki entri ini »

Rahmat Allah Mengatasi KemurkaanNya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »

Larangan Mencaci Masa

Dalam sebuah hadith Qudsi “Allah berfirman: “Anak Adam mencerca dan menghina-Ku padahal tidak seharusnya ini ia lakukan. Adapun cercaannya kepada-Ku adalah bahwa dia mencerca zaman, padahal Akulah zaman. Aku bolak-balikan malam dan siang sekehendak-Ku (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Janganlah mencaci masa dengan mengatakan sesuatu seperti “Apalah zaman sekarang ni” atau “macam inilah budak-budak zaman sekarang”. Masa tidak seharusnya dipersalahkan kerana Allah SWT yang menciptanya. Janganlah dikaitkan dengan masa.

Begitu juga dengan cuaca, janganlah disebut “cuaca yang buruk” kerana ia juga adalah ciptaan Allah. Sebutlah cuaca agak mendung, hujan lebat dan sebagainya.

Masa, waktu dan zaman adalah ciptaan Allah SWT. Bahkan Allah SWT menjadikan matahari dan bulan: 

Al-Anam [96]…dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya)

Allah Ganti Pemberian Pada Jalannya

Allah SWT telah berfirman “Wahai Anak Adam, berinfaklah (berilah pada jalan Allah), nescaya Aku akan memberi nafkah (memberi gantinya) kepadamu (Riwayat Muslim & Bukhari) Baca baki entri ini »

Hebatnya Kerajaan Allah SWT

Allah SWT tidak mengambil manfaat atau faedah samada daripada manusia atau jin menyembahnya. Tidak pula mengurangkan kekuasaannya atau menambahkan kekuasaanya samada mereka menyembahnya atau tidak. Kerajaan Allah tidak seperti kerajaan dunia yang berhajat atau memerlukan sokongan dan tidak tergugat dengan tentangan. Jike semua manusia dan jin memohon kepadanya, Dia boleh memberi tanpa berkurang apa yang ada  padaNya. Amalan kita adalah untuk kebaikan kita sendiri dan bukannya untuk Allah, bahkan diberi balasan yang sempurna dariNya. Baca baki entri ini »

Berwitirlah

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) solahmu pada waktu malam dengan solah witir.” (Bukhari – Muslim). Baca baki entri ini »

Amalan Mereka Tidak Diterima Di Akhirat Nanti

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli Neraka; mereka kekal di dalamnya. (Ali-Imran:116) Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Ali-Imran:117) Baca baki entri ini »

Jauhi 4 Ciri Munafik Tulen

Ada empat perkara, sesiapa yang dalam dirinya terdapat keempat perkara tersebut bererti dia seorang munafik yang tulen dan sesiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripadanya, bererti dia memiliki sifat munafik hingga ia meninggalkannya, iaitu; apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri, apabila bersumpah dia melanggarinya dan apabila bergaduh dia memaki (Riwayat Bukhari Muslim melalui Ibnu Umar) Baca baki entri ini »

4 Benteng Neraka dan 4 Tiket Syurga

Ada empat perkara, sesiapa yang pada dirinya terdapat keempat perkara tersebut, nescaya Allah mengharamkan neraka baginya, dan nescaya Dia memeliharanya daripada Syaitan iaitu; seseorang yang dapat menguasai dirinya ketika berkeinginan, ketika merasa takut (tidak berkeinginan), ketika berselera (bernafsu), dan ketika marah (benci). Dan ada empat perkara lain, sesiapa yang pada dirinya terdapat keempat perkara tersebut, nescaya Allah akan mencucuri rahmatnya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu seseorang yang memberi tempat berteduh kepada orang miskin, belas kasihan kepada orang yang lemah, berlemah-lembut terhadap orang bawahan dan memberi nafkah kepada ibubapanya (Riwayat Hakim) Baca baki entri ini »

Sayangilah Pencipta Kita

Allah SWT menciptakan rahim ibu. Allah jugalah yang membesarkan bayi dan memberi makan di dalam rahim ibu itu walaupun pintu rahim itu tertutup. Allah jugalah yang mengeluarkan manusia dari rahim ibunya. Allah jugalah yang membentuk manusia menjadi cantik, menjadikan jantina lelaki dan perempuan, memberikan saiz samada tinggi atau rendah hanya dari setitik air mani lelaki. Allah jugalah yang menciptakan darah dan daging manusia. Allah jugalah yang mencipta manusia dalam kegelapan rahim. Allah jugalah yang mencipta kita walaupun tanpa sebarang contoh atau protokol. Baca baki entri ini »

Bertahajjud dan Mengurangkan Tidur

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baca baki entri ini »

Kelebihan Ulama Feqah dan Ulama Hadith

Kedua-dua ulama feqah dan ulama hadith mempunyai kelebihan masing-masing. Ulama feqah memahami dan mampu mengeluarkan hukum daripada quran dan hadith manakala ulama hadith mengumpul dan menilai taraf perawi hadith (mereka yang meriwayatkan) untuk disampaikan.

tahun-lahir-imam-mazhab-dan-hadits1 Baca baki entri ini »

Yahudi Dihina dan Miskin Jiwa

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (Ali-Imran:112) Baca baki entri ini »

Reda Dengan Keputusan dan Takdir Allah

Allah SWT berfirman (dalam hadith qudsi) “Sesiapa yang tidak reda (puas hati) dengan keputusan dan takdirKu, maka hendaklah dia mencari tuhan yang lain (Riwayat Imam Baihaki melalui Anas r.a.)  Baca baki entri ini »