Dosa Membunuh Sesama Mukmin

Membunuh orang mukmin lebih besar dosanya di sisi Allah daripada melenyapkan dunia (Riwayat Nasai)

“Tidak dikalangan kami orang yang mengangkat senjata sesama Islam”. Umat Islam dilarang mengacu senjata sesama mereka kerana kita adalah bersaudara. 

Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:Sesiapa yang menghunus senjata kepada kita, maka ia bukan dari kalangan kami. Ini bukanlah bermakna mereka yang mengacu senjata itu adalah kafir, cuma mereka tidak termasuk dalam kumpulan Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja…  (Nisaa: 92). 

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal (lama) dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: