Penjara Di dalam Neraka Jahannam

Falaq adalah penjara yang terdapat di dalam neraka Jahannam, tempat orang-orang yang sombong dan takabbur, sedangkan neraka Jahannam sendiri meminta perlindungan kepada Allah daripada penjara tersebut (Riwayat Ibnu Murdawaih melalui Amr r.a). 

Takabbur

Dalam satu hadis qudsi disebut takabbur iaitu “Cakap besar” adalah hak Allah iaitu kain cadar (selindang) Allah:-

“Dari Abu Hurairah telah berkata Hannad, telah bersabda Rasullullah S.A.W, telah berfirman Allah S.W.T, Takabbur itu selindangKu dan kebesaran selempangKu, sesiapa yang mengambil dariKu satu daripada keduanya, aku campakkan dia ke dalam neraka”(Hadis Riwayat Abu Daud)

 

Iblis juga takabbur dan kerana itulah dia dilaknat:

Al-A’raf [12] Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

Hanya Allah yang boleh “cakap besar” dengan mengatakan aku yang cipta kamu, aku yang hidupkan kamu, aku yang beri rezeki kepada kamu. 

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian

Jauhilah kamu daripada takabbur, kerana sesungguhnya sifat takabburlah yang mendorong Iblis tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam. Janganlah kamu tamak haloba kerana tamak halobalah yang mendorong Adam untuk memakan buah yang terlarang. Dan janganlah kalian berhasad dengki kerana sesungguhnya kedua Anak Adam (Habil dan Qabil), seorang diantaranya membunuh yang lain kerana terdorong oleh rasa dengki. Sesungguhnya sifat-sifat yang telah disebutkan tadi merupakan pangkal setiap perbuatan dosa (Riwayat Ibnu As-Sakir melalui Ibnu Masud r.a.)

Baqarah [34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Sombong

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Al-A’raf [13] Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa besar diri dan bersikap sombong semasa berjalan, nescaya ia akan menemui Allah dalam kemurkaannya. (Riwayat Bukhari melalui Ibnu Umar)

” Seorang lelaki daripada umat terdahulu keluar dengan pakaian yang cantik, dia berjalan dengan sombong. lalu Allah memerintahkan kepada bumi untuk memegangnya, lalu ia menelannya hingga hari kiamat. (Riwayat Tirmizi melalui Amr Ibnul Ash)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Dalam hadith disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa besar diri dan bersikap sombong semasa berjalan, nescaya dia akan menemui Allah dalam kemurkaannya”. (Riwayat Bukhari melalui Ibnu Umar)

 

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: