Sembah dan Syukur Kepada Pencipta

Allah SWT berfirman “Sesungguhnya jin dan manusia berada dalam keadaan yang besar; Akulah yang menciptakan, tetapi selain Akulah yang disembah, dan Akulah yang memberi rezeki, tetapi selain Akulah yang disyukuri (Riwayat Baihaki melalui Abu Darda)

Hanya Allah SWT tuhan yang esa yang layak disembah. Dialah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan kepada segala makhluk samada manusia atau jin. Allah SWT adalah pencipta yang tunggal yang esa, raja segala raja, pemberi rezeki dan pelindung yang maha agung.

Selain Allah SWT adalah makhluk yang diciptakannya. Manusia bersifat lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah tuhan yang direka kerana mereka juga adalah makhluk Allah SWT. Rezeki, perlindungan, ilmu, hidayah, nikmat, keselamatan, kemewahan semuanya diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai makhluknya.

Az-Zariyat [56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (mendirikan solah)kepadaKu.

Kenapa manusia dan jin dipertanggungjawabkan dengan perintah agama Islam?

Asal-usul kejadian manusia dan jin pada zahirnya adalah rendah (dari tanah dan api) berbanding malaikat yang dicipta dari cahaya. Untuk meningkatkan kedudukan mereka, Allah telah meletakkan tanggungjawab iaitu perintah agama Islam kepada keduanya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: