Kelebihan Ulama Feqah dan Ulama Hadith

Kedua-dua ulama feqah dan ulama hadith mempunyai kelebihan masing-masing. Ulama feqah memahami dan mampu mengeluarkan hukum daripada quran dan hadith manakala ulama hadith mengumpul dan menilai taraf perawi hadith (mereka yang meriwayatkan) untuk disampaikan.

tahun-lahir-imam-mazhab-dan-hadits1

Sebaik manusia ialah mereka yang berada semasa denganku, kemudian mereka yang berada pada zaman ketiga, kemudian datang mereka selepas itu tiada kebaikan padanya (dan seterusnya hadith tersebut)  [Riwayat Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622.]

Setiap zaman yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah lebih kurang 80 tahun dan 3 zaman tersebut bersamaan 240 tahun Hijrah. Kesemua ulama feqah dan ulama hadith berada dalam 3 lingkungan zaman tersebut. Umat-umat pada 3 zaman itu jauh lebih baik berbanding umat sekarang dari segi keagamaan dan mereka tidak begitu cinta kepada keduniaan.

Kelebihan Ulama Feqah

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama” (Riwayat Bukhari).

Sebagai contoh para imam mujtahid (Imam 4 mazhab), mereka boleh mengeluarkan beberapa hukum dari satu ayat quran. Imam Muhammad (guru Imam Syafie), boleh mengeluarkan 1,000 larangan dam 1,000 suruhan dari Surah Baqarah (286 ayat). Ulama feqah ini sangat faham tentang ayat-ayat Allah, seperti kata pepatah “hanya Jauhari mengenal Manikam”. Ulama yang faham agama bukan sahaja boleh menyelamatkan diri sendiri, juga boleh menyelamatkan orang lain.

Kelebihan ulama Hadith – Hidupnya Segar

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya” (Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453)

Pada asalnya semua hadis adalah sahih semasa zaman Nabi dan para sahabat. Ulama yang mengumpulkan dan membuat nilaian kategori hadis samada sahih atau daif ialah ulama hadis yang kemudian seperti Imam Bukhari. Nilaian mereka tidak muktamad dan berbeza antara satu sama lain. Mereka ini cuma mengumpul dan menyampaikan hadis. Mereka tidak diikuti dalam bab feqah seperti Imam Mujtahid 4 mazhab.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: