Sayangilah Pencipta Kita

Allah SWT menciptakan rahim ibu. Allah jugalah yang membesarkan bayi dan memberi makan di dalam rahim ibu itu walaupun pintu rahim itu tertutup. Allah jugalah yang mengeluarkan manusia dari rahim ibunya. Allah jugalah yang membentuk manusia menjadi cantik, menjadikan jantina lelaki dan perempuan, memberikan saiz samada tinggi atau rendah hanya dari setitik air mani lelaki. Allah jugalah yang menciptakan darah dan daging manusia. Allah jugalah yang mencipta manusia dalam kegelapan rahim. Allah jugalah yang mencipta kita walaupun tanpa sebarang contoh atau protokol.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah telah menulis di dalam Ummul Kitab (Loh Mahfuz) sebelum dia menciptakan langit dan bumi iaitu “Sesungguhnya Akulah Yang Maha Pemurah, Akulah yang menciptakan rahim (persaudaraan), dan aku pecahkan daripada nama-Ku, sesiapa yang menyambungnya maka Aku menyambung orang itu dan sesiapa yang memutuskannya maka Aku putuskan dia.” (Riwayat Thabrani melalui Jabir)

Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali-Imran:6)

Az-Zumar [6] …. Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, dalam rahim dan tembuni bayi

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: