4 Benteng Neraka dan 4 Tiket Syurga

Ada empat perkara, sesiapa yang pada dirinya terdapat keempat perkara tersebut, nescaya Allah mengharamkan neraka baginya, dan nescaya Dia memeliharanya daripada Syaitan iaitu; seseorang yang dapat menguasai dirinya ketika berkeinginan, ketika merasa takut (tidak berkeinginan), ketika berselera (bernafsu), dan ketika marah (benci). Dan ada empat perkara lain, sesiapa yang pada dirinya terdapat keempat perkara tersebut, nescaya Allah akan mencucuri rahmatnya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu seseorang yang memberi tempat berteduh kepada orang miskin, belas kasihan kepada orang yang lemah, berlemah-lembut terhadap orang bawahan dan memberi nafkah kepada ibubapanya (Riwayat Hakim)

4 Benteng Neraka

1) Menguasai atau menahan dirinya ketika berkeinginan. Seseorang yang terlalui inginkan sesuatu misalnya kekayaan sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara yang diharamkan asal tercapai hajatnya.

2) Menahan diri ketika merasa takut (tidak berkeinginan terhadap sesuatu). Seseorang yang terlalui takutkan sesuatu misalnya terlalu takutkan kemiskinan sanggup melakukan apa sahaja walaupun menukar agamanya.

3) Menahan diri ketika berselera (bernafsu). Apabila nafsu menguasai, lelaki dan wanita sanggup berzina asalkan mereka dapat memenuhi keinginan mereka.

4) Menahan diri ketika merasa marah (benci). Apabile seseorang marah atau benci seseorang, dia akan melepaskan kemarahannya secara fizikal samada memukul atau menjerit.

Apabila nafsu dan syaitan menguasai diri, seseorang akan melakukan apa sahaja asalkan puas hatinya. 

4 Tiket Syurga. 

1) Seseorang yang memberi tempat berteduh kepada orang miskin. 

2) Seorang yang kasihan kepada orang yang lemah, misalnya orang tua dan orang kurang upaya.

3) Seorang majikan atau boss atau peniaga yang berlemah-lembut terhadap orang bawahan

4) Seorang anak yang menangung dan memberi nafkah kepada ibubapanya. Adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menanggung keperluan kedua ibubapanya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: