Berwitirlah

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) solahmu pada waktu malam dengan solah witir.” (Bukhari – Muslim).

Solah malam disini maksudnya Isyak kerana Solah Isyak adalah solah malam yang rasmi selain solah Maghrib.“

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya:

“Rasulullah SAW pernah bersabda”Solat witir itu adalah benar (hak). Sesiapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Sesiapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan sesiapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah. 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan “Temanku (yakni Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara; 1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan. 2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha. 3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Witir Sebelum Tidur Atau Selepas Bangun

Ada 2 jenis solat witir yang dilakukan olah Rasulullah s.a.w. iaitu sejurus selepas Isya’ (sebelum tidur) dan tengah malam selepas bangun untuk solah tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar r.a. juga melakukan solat witir diawal malam iaitu selepas solat Isyak dan sebelum tidur.

Hukum Sembahyang Witir

3 mazhab menghukum solah witir sebagai sunat, manakala mazhab Hanafi mewajibkannya kerana terdapat perkataan “hak” di dalam hadis diatas. Di dalam hadith yang lain:-



Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solah) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

Apapun yang pentingnya ialah melakukannya dan bukanlah hukumnya semata-mata. Setiap ilmu haruslah diikat dengan perbuatan, barulah ianya melekat di hati. Lagipun Allah suka sekali kepada yang witir.

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Beza Witir 3 Rakaat Mazhab Hanafi Dan Mazhab Syafie
Mazhab Syafie memilih melakukan solah witir secara 2 rakaat kemudian memberi salam selepas tahiyyat lalu menyambung lagi 1 rakkat

Dalam mazhab Hanafi pula dilakukan Solah witir 3 rakaat 1 salam, iaitu menyambung terus 1 rakaat selepas tahiyyat awal (bangun tanpa memberi salam).Mereka berpendapat witir 1 rakaat itu sudah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ulama Mazhab Syafie memilih 2 rakaat + 1 rakaat kerana hendak membezakan solah witir daripada solah maghrib seperti dalam hadith  “Janganlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni)

Ulama mazhab Hanafi pula berpendapat witir memang berbeza daripada Maghrib kerana 3 sebab:

1)  Bacaan surah selepas Fatihah dibaca dalam ketiga-tiga rakaat witir, tetapi hanya dibaca pada 2 rakaat pertma dalam waktu maghrib

2) Bacaan fatihah dan surah dalam solah witir dibaca secra nyaring (kuat) pada ketiga-tiga rakaat , sedangkan dalam waktu Maghrib hanya pada 2 rakaat pertama sahaja.

3) Solah witir hanya boleh dilakukan secara berjemaah pada bulan Ramadhan sahaja, manakala Maghrib sepanjang tahun

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: