Rahmat Allah Mengatasi KemurkaanNya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebaikan berkata kepada keluarganya bahawa apabila dia mati, bakarlah jenazahnya dan buangkan abunya. Sebahagian di darat dan sebahagian lagi ke laut. Demi Allah! Sekiranya Allah ingin mengazabnya, pasti akan diazab dengan seksaan yang tidak pernah dilakukan terhadap orang lain. Sebaik sahaja lelaki tersebut mati, dia diperlakukan sebagaimana permintaannya. Lalu Allah s.w.t memerintahkan abu yang dibuang ke bumi supaya bercantum. Kemudian memerintahkan pula abu yang dibuang ke laut supaya bercantum. Setelah semuanya bercantum, Allah s.w.t berfirman: Mengapa kamu lakukan semua ini. Dia menjawab: Kerana takut kepada-Mu Ya Allah dan Engkau lebih mengetahui segala-galanya. Lalu Allah mengampuni lelaki tersebut (Riwayat Muslim).

Kemurahan rahmat Allah ini juga ditunjukkan melalui balasan pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan oleh setiap Muslim. Namun syarat untuk mendapat pahala ini mestilah mempunyai IMAN dan ISLAM. Allah SWT hanya memberikan syurga kepada mereka yang memiliki iman dan islam.:

Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)

“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bahkan kita juga diseru supaya bersifat kasihan belas dan prihatin kepada jiran walaupun ia seorang yang kafir. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: