Hasil Daripada Kesabaran

Kata pepatah asing “Hasil kesabaran ialah buah yang manis”. Bersabarlah dalam beribadat, melakukan ketaatan, menyampaikan Islam, menghadapi kesusahan dan apa jua ujian daripada Allah swt. Bersabarlah daripada melakukan kemaksiatan, sabarlah atas kemiskinan, , sabarlah dalam penganiayaan, sabarlah dari kejian orang-orang kafir kerana balasannya ialah pahala yang tidak terhitung, penghapusan dosa dan syurga yang kekal abadi.

Diberi pahala yang tidak terhitung

 Pelbagai ujian didatangkan oleh Allah swt, hanya untuk membanyakkan pahala kita. Bersabar itu memberikan kita keuntungan dunia dan akhirat. Bersabarlah dalam apa jua keputusan Allah kerana besar ganjaran orang yang bersabar dan tidak terhitung pahalanya:

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira

Dihapuskan dosa

Hairan sungguh urusan orang mukmin iu, bahawasemua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila ia mendapat kebahagiaan maka ia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila ia tertimpa musibah maka ia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya. (Riwayat Ahmad)

 Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah tidak berpuas hati tentang balasan bagi seorang hamba yang kehilangan dua mata yang disayangi di dunia lalu dia bersabar menghadapinya, selagi dia tidak diberi balasan syurga.” (Riwayat Bukhari)
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Ar-Ra’d:22) Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Ar-Ra’d:23)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: