Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat Rahmat

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450) Baca baki entri ini »

Advertisements

Milik Allah dan Milik Hambanya

Allah SWT berfirman (dalam hadith Qudsi) ” Wahai anak cucu Adam..! Ada tiga perkara (yang harus diketahui) iaitu satu milikKu, satu milikmu dan satu soal lagi milik bersama. Perkara yang menjadi milikKu adalah Kamu menyembahKu dan tidak syirik (mempersekutukan Allah dengan yang lain). Perkara yang menjadi milikmu adalah kamu akan menerima balasan (pahala) dari Ku atas segala amalan yang kamu kerjakan. Dosamu akan Aku ampuni kerana Aku Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Perkara yang menjadi milik bersama adalah kamu berdoa dan meminta kepadaku, sedangkan yang berhak memakbulkan (menerima permintaan) dan memberi (Riwayat Thabrani melalui Salman r.a.)  Baca baki entri ini »

Allah Bersama Mereka Yang Mengingatinya

Allah SWT berfirman (dalam hadith Qudsi) ” Wahai hambaku, Aku sentiasa menurut sangkaanmu (keyakinanmu). Bila engkau selalu mengingatiku, maka Aku selalu bersamamu (Riwayat Hakim melalui Anas r.a.)

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman “Aku bersama hambaku selagi dia mengingatiku dan kedua bibir mulutnya bergerak menyebutku” (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.) Baca baki entri ini »

Dua Rasa Yang Tidak Berkumpul Dalam Diri Seseorang

Tiadalah Aku menghimpunkan ke atas hamba-Ku dua ketakutan dan tiada juga Aku menghimpunkan baginya dua keamanan. Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Kiamat. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Akhirat. Dalam riwayat lain: Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Aku mengumpulkan sekalian hamba-hamba-Ku. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Aku mengumpulkan hamba-hamba-Ku”. (HR. Ibnu al Mubarak dan Abu Nu’aim) Baca baki entri ini »

Tahan Nafsu Untuk Masuk Syurga

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40)Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naziat:41) Baca baki entri ini »

Buat 5 Dapat 50

….Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatkala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu؟ Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Baca baki entri ini »

Kedudukan Solat Dalam Islam

Sembahyang adalah rukun Islam kedua selepas dua kalimah syahadah. Ia adalah tiang agama, pencegah dari kemungkaran, komunikasi (hubungan) dengan Allah SWT, anak kunci syurga dan penghapus dosa. Baca baki entri ini »