Tahan Nafsu Untuk Masuk Syurga

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40)Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naziat:41)

Berpuasa Untuk Menundukkan Nafsu Buruk

Matlamat puasa Ramadan bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t. Selain itu kita hendaklah mengawal diri daripada melakukan perkara yang keji semasa berpuasa. Perangilah nafsu dan berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin di bulan Ramadahan. Selain dari meninggalkan makan, minum dan seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia.

Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Menjaga Nafsu Dari Yang Haram

Nafsu yang dilepaskan pada haknya iaitu pada tempat yang halal diberi pahala. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :

“Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang menjaga nafsunya iaitu alat kelamin daripada digunakan pada tempat yang haram dan digunakan pada tempat yang halal turut diberikan syurga.

Al-Mukminun [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Al-Mukminun [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela… Al-Mukminun [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Al-Mukminun[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Bidadari Bagi Mereka Yang Menjaga Nafsunya

Dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda :” Sesungguhnya  apabila Allah SWT selesai menciptakan Jannatu Adnin (syurga Adnin), lalu telah dipanggil Malaikat Jibrail a.s. dan berfirman kepadanya :” Pergilah engkau dan lihatlah apa yang telah Aku ciptakan untuk para hambaKu dan para kekasihKu (para waliKu)”.

Jibrail AS pun pergi dan mengelilingi syurga Adnin itu, lalu ada seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari sebuah istana megah datang mendekati Jibrail AS serta tersenyum simpul kepadanya. Serta merta syurga itu menjadi terang benderang dari sebab pengaruh sinar dua gigi serinya. Maka Malaikat Jibrail a.s bersujud kerana dia menganggap bahawa sinar itu dari cahaya Allah Tabaraka wa Taala yang Maha Perkasa.

Bidadari itu berseru :” Hai Jibrail AS, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu”. Ketika itu Malaikat Jibrail pun mengangkat kepalanya dan melihat kepada bidadari itu serta berkata dengan kekaguman:” Maha suci Allah yang telah menciptakan engkau (bidadari)”.

Kata bidadari itu:” Hai Jibrail, malaikat kepercayaan Allah, tahukah engkau untuk siapakah saya diciptakan?”

Kata Jibrail AS:” Untuk siapakah engkau diciptakan?”

Bidadari itu menjawab : ” Saya telah diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keridhaan Allah Taala daripada hawa nafsunya“.(Mukaasyafatul Quluubi).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: