Allah Bersama Mereka Yang Mengingatinya

Allah SWT berfirman (dalam hadith Qudsi) ” Wahai hambaku, Aku sentiasa menurut sangkaanmu (keyakinanmu). Bila engkau selalu mengingatiku, maka Aku selalu bersamamu (Riwayat Hakim melalui Anas r.a.)

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman “Aku bersama hambaku selagi dia mengingatiku dan kedua bibir mulutnya bergerak menyebutku” (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)

Allah bersama hambanya dimana sahaja mereka berada:

Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Selain berzikir dan berwirid, salah satu cara untuk mengingati Allah ialah melalui ibadat solat.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Dalam hadith qudsi di atas Allah berfirman bahawa dia bersama hambanya selagi mereka berzikir kepadanya, ini bermaksud Allah memberikan perhatian yang khas kepada mereka. Bahkan hati kita juga tidak dapat mengingati Allah kecuali dengan kehendaknya.

Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (Al-Muddaththir:56)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: