Milik Allah dan Milik Hambanya

Allah SWT berfirman (dalam hadith Qudsi) ” Wahai anak cucu Adam..! Ada tiga perkara (yang harus diketahui) iaitu satu milikKu, satu milikmu dan satu soal lagi milik bersama. Perkara yang menjadi milikKu adalah Kamu menyembahKu dan tidak syirik (mempersekutukan Allah dengan yang lain). Perkara yang menjadi milikmu adalah kamu akan menerima balasan (pahala) dari Ku atas segala amalan yang kamu kerjakan. Dosamu akan Aku ampuni kerana Aku Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Perkara yang menjadi milik bersama adalah kamu berdoa dan meminta kepadaku, sedangkan yang berhak memakbulkan (menerima permintaan) dan memberi (Riwayat Thabrani melalui Salman r.a.) 

Milik Allah – SembahNya dan Tidak Syirik.

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua….

Menyekutukan atau mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala  bermaksud memperkongsikan kekuasaan Allah dengan sesuatu yang lain (makhluk).

Syirik terbahagi kepada dua (2) iaitu syirik besar dan syirik kecil.

Syirik besar ialah memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala  dengan tuhan yang lain, iaitu menduakan Allah Subhanahuwata’ala dengan menyembah selain dariNya sepertimana orang kafir Quraisy, Kristian, Yahudi yang memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan berhala, nabi Isa dan nabi Uzair. Allah Subhanahuwata’ala  itu esa, tunggal dan tidak boleh disyirikkan atau dikongsi. Syirik yang paling besar ialah kafir. Namun begitu, orang kafir yang memeluk Islam, segala dosanya yang lampau akan diampunkan, setelah ia memeluk agama Islam.

Syirik kecil pula ialah seperti seseorang yang menyembah Allah Subhanahuwata’ala  tetapi terdapat perasaan riak ketika beribadah,  atau melakukan ibadah tidak 100 peratus kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Contoh syirik kecil yang lain pula ialah seperti mengatakan “makan panadol boleh menyembuhkan penyakit”. Percakapan seperti ini, boleh menjadikan seseorang itu syirik, kerana hakikatnya Allah Subhanahuwata’ala yang menyembuhkan penyakit, bukannya ubat/panadol. Sekarang ini kita hidup di ‘alam asbab’ yang memerlukan kepada ‘sebab’.  Maka perbuatan makan ubat hanyalah ‘sebab’, bukannya penyembuh kerana yang menyembuhkannya tetap Allah Subhanahuwata’ala.  

Milik Hamba – Balasan Amalan dan Keampunan. 

Orang Islam yang melakukan kebaikan akan diberi balasan di dunia ini dan juga diakhirat nanti.

An-Naml [89] Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka dia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.

Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw. telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya balasan kebaikan seorang mukmin, akan dianugerahi rezeki atas kebaikan itu di dunia dan nescaya diberi balasan pula kerana kebaikan itu di akhirat. Adapun bagi orang yang kafir: ia akan diberi balasan kerana kebaikannya di dunia, tetapi ketika di hari kiamat tidak ada balasan baginya” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Milik Bersama – Doa dan Penerimaan . 

Rasulullah Saw bersabda: Allah SWT berfirman: Sesiapa tidak berdoa kepada-Ku, Aku murka kepadanya. (Riwayat Abu Hurairah r.a,)

Ada perkara yang diberikan tanpa kita minta (melalui doa). Ada juga yang cepat diberikan setelah kita berdoa. Ada juga yang lambat diberikan. Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”.“

Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara:sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Doa diterima bila “yang ada jadi tiada” (contohnya penyakit disembuhkan) atau “yang tiada jadi ada” (contohnya diberikan rezeki). Semuanya berlaku dengan izinnya dan bukan secara kebetulan. Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. 

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Jangan boring dalam berdoa. Jangan jemu berdoa perkara yang baik.

Al-Anbiya [90] Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

Fussilat [49] Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

Yusuf [87]Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: