Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat Rahmat

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

Rumah Yang Digantung Gambar Makhluk Bernyawa

Janganlah digantung gambar makhluk bernyawa kerana malaikat (membawa rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang digantung gambar. Malaikat rahmat sahaja yang tidak masuk, tetapi malaikat “ketuk-ketuk” iaitu malaikat maut tetap masuk juga bila tiba masanya. 

Ibnu Abbas r.a. adalah seorang tabii’. Satu hari beliau diajak makan oleh seorang pelukis. Kata beliau kepada pelukis itu “Jangan lukis gambar yang bernyawa“. Jawab pelukis itu “Ini rezeki saya“. kata Ibnu Abbas r.a. : “Apabila kamu harus membuat gambar (melukis), gambarlah pohon atau sesuatu yang tidak ada nyawanya.” (seperti gambar pemandangan -bukit, gunung, sungai)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya : Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia.

Rumah Yang Ada Anjing 

Dibolehkan membela anjing untuk menjaga ternakan, tanaman tetapi tidak untuk suka-suka atau berseronok-seronok. Jika dilakukan juga, maka pahala ibadat harian kurang sebanyak 2 qirath (2 Bukit Uhud) 

Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Sesiapa melihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain]

Anjing adalah najis dalam semua mazhab kecuali mazhab Maliki. Imam Malik berpendapat anjing adalah bersih dan suci kerana tidak ada ayat Al-Quran yang mengatakan ia najis dan mereka membolehkan makan anjing yang dibela. Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan anjing adalah najis dan setaraf dengan babi. Mazhab Hanafi pula mengatakan anjing adalah najis tetapi kurang atau rendah sedikit dari babi kerana ia boleh digunakan untuk memburu. 

Dari ‘Adi Bin Hatim r.a. berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., aku berkata, sesungguhnya kami adalah dari kaum yang berburu dengan menggunakan anjing. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila engkau melepaskan anjingmu yang terlatih dan engkau menyebut nama Allah ke atasnya, maka makanlah binatang buruan yang telah ia tangkap untukmu itu sekalipun anjingmu itu telah membunuhnya. Akan tetapi, seandainya anjingmu itu memakan binatang buruan tersebut, maka janganlah engkau memakannya, kerana aku khuatir ia menangkapnya untuk dirinya sendiri, dan seandainya terdapat anjing-anjing lain bersama anjingmu (yang tidak engkau sebutkan nama Allah ke atasnya), maka janganlah engkau memakan binatang buruan tersebut”.
(Riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: