Jana Takwa Melalui Solat dan Sedekah

Fasa 10 terakhir Ramadan ialah fasa pembebasan dari api neraka dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma), dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik” (Riwayat Bukhari & Muslim) Antara ciri-ciri orang yang bertakwa ialah orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Baqarah:3).  Baca baki entri ini »

Ramadan Bulan Jana Takwa

Ramadan Kareem, bulan yang mulia didatangkan khas untuk meningkatkan bateri dan ketakwaan melalui ibadat puasa dan semulia-mulia manusia ialah yang lebih ketakwaannya. Takwa itu letaknya di hati dan ia perlu dididik melalui disiplin Ramadan dengan menjaga pancaindera mata, telinga, mulut, tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang

Hujurat [13]…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)…. Baca baki entri ini »

Iktikaf 10 Akhir Ramadan

Daripada Aishah Radiallahu-Anha ia berkata Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya. Baca baki entri ini »

Qiyam Ramadan

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw menyukai qiyam Ramadan tanpa menyuruh mereka secara wajib dengan bersabda “Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu’. Lalu Rasulullah saw wafat sementara hal itu tetap seperti itu. Kemudian hal itu tetap seperti itu pada masa kekhalifahan Abu Bakar dan permulaan kekhalifahan Umar.” (Muslim) Baca baki entri ini »

5 Keistimewaan Ramadan

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. Setiap hari Allah S.W.T. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.” . Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘”Adakah ia Lailatul-Qadr?”. Baginda menjawab “Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.” Baca baki entri ini »

Ramadan Bulan Gandaan Pahala

Allah SWT memberikan ganjaran istimewa kepada ibadah yang dilakukan di sesuatu tempat atau waktu yang mulia. Misalnya pahala satu sembahyang di Masjidil Haram adalah bersamaan pahala seratus ribu kali sembahyang diluar tempat yang mulia itu. Begitu juga bulan “Ramadan Kareem” (Ramadan Yang diMuliakan oleh Allah SWT) kerana ibadat fardhu pada bulan ini digandakan tujuh puluh (70) kali dan ibadat sunat diberikan pahala ibadat fardhu. Jika pahala dua rakaat Terawih menyamai dua rakaat Subuh, maka pahala dua puluh (20) rakaat Terawih adalah menyamai pahala 20 hari Solat Subuh. Baca baki entri ini »

Ramadan Bulan Tarbiyyah Nafsu

Ramadan didatangkan khas oleh Allah SWT untuk menaikkan maqam (kedudukan) seseorang Muslim dengan menjalani “tarbiyah” (latihan) melalui ibadah puasa dan Qiyam. Ramadhan adalah bulan yang panas, yang didatangkan khas untuk membakar nafsu dan nilai-nilai buruk yang telah diterapkan oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya.  Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t. Baca baki entri ini »