Ramadan Bulan Penyucian

…Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim). Diluar bulan Ramadan, dosa diampunkan hanya setelah beristigfar, berwuduk dan solat berjemaah tetapi dalam bulan Ramadhan, puasa pada siang hari dan qiyam pada malamnya menghapuskan dosa tanpa perlu beristigfar.

Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada:

  • mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan,
  • mendirikan sembahyang malam (tarawih),
  • mengenyangkan orang yang berbuka puasa,
  • menghidupkan malam Qadar 
  • bertadarrus. 

Syarat Pengampunan

Syarat untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua dispilin Ramadan dijaga. Selain itu puasa dan qiyam yang dilakukan adalah atas dasar iman iaitu semata-mata kerana Allah SWT atau sengaja dilakukan tanpa ada paksaan atau tujuan lain. 

Diskaun Penghapusan Dosa

Minimum dosa yang diampunkan pula adalah “dosa telah lalu” iaitu mulai 1 Syawal hingga 29 atau 30 Syaaban sebelumnya. Namun ini hanyalah dosa terhadap Allah SWT, dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama sendiri.

Puasa Ramadan Menghapuskan Dosa

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan malam dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Qiyam Ramadan Menghapuskan Dosa

Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Terawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Sembahyang Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Memberikan Makan Orang Berbuka Dihapuskan Dosa

Selain itu memberi makan kepada orang yang berpuasa juga diberi tawaran pengampunan dosa.

Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Menghidupkan Malam Qadar Dihapuskan Dosa

Menghidupkan Lailatul Qadar juga diberikan pengampunan walaupun tidak bertemu dengannya.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: