5 Keistimewaan Ramadan

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. Setiap hari Allah S.W.T. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.” . Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘”Adakah ia Lailatul-Qadr?”. Baginda menjawab “Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.”

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Bau mulut menjadi busuk kerana tiada makanan masuk ke dalam perut dan angin menolak bau itu. Dalam mazhab Syafie makruh bersugi kerana ingin mengekalkan bau yang Allah suka. Namun Rasulullah s.a.w tetap bersugi semasa bulan puasa dan mazhab lain tidak memakruhkannya kerana bimbang ada yang mulut busuk dan boleh menggangu sembahyang jemaah. Dibolehkan bersugi dengan berus gigi biasa cuma tidak boleh menggunakan ubat gigi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Hanya Allah SWT yang mampu menahan makhluknya dari mendapat makanan. Ikan-ikan ini pula tidak ditahan makanan mereka walaupun manusia sedang berpuasa. Maka makhluk-makhluk Allah ini mendoakan keampunan bagi mereka yang berpuasa.

3. Setiap hari Allah S.W.T. akan menghiaskan syurga-Nya. 

Kita tidak mampu untuk menghias rumah sendiri setiap hari dalam bulan Ramadan tetapi Allah SWT menghiasi syurganya yang semenangnya sudah cantik setiap hari di bulan Ramadan.

Allah SWT percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia.

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan.

Pada bulan Ramadhan, syaitan (jin-jin yang jahat) dirantai bagi membantu mereka yang berpuasa melawan nafsunya. Syaitan berasal dari bangsa jin. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. 

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: