Qiyam Ramadan

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw menyukai qiyam Ramadan tanpa menyuruh mereka secara wajib dengan bersabda “Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu’. Lalu Rasulullah saw wafat sementara hal itu tetap seperti itu. Kemudian hal itu tetap seperti itu pada masa kekhalifahan Abu Bakar dan permulaan kekhalifahan Umar.” (Muslim)

Ramadan didatangkan khas oleh Allah SWT untuk menaikkan maqam (kedudukan) seseorang Muslim dengan menjalani “tarbiyah” (latihan) melalui ibadah puasa dan Qiyam.

Syarat bagi qiyam yang dilakukan itu mestilah atas dasar iman iaitu semata-mata kerana Allah SWT atau sengaja dilakukan tanpa ada paksaan atau tujuan lain. 

Qiyam Ramadan bererti menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Solat Tarawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.

Selain Solat Terawih secara berjemaah di masjid, ia juga boleh dilakukan di rumah kerana ia adalah antara solat-solat sunat. Jabir bercerita bahawa Rasulullah pernah berkata :

” Apabila salah seorang dari kamu selesai sembahyang di masjid, maka jadikanlah untuk rumahnya itu habuan daripada sembahyangnya . Maka sesunggguhnya Allah menjadikan di rumahnya, daripada solat itu kebaikan. ” (Muslim)

Solat Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak salah melakukan qiyam Ramadan kerana mengharapkan pahala seperti disebut dalam hadith di atas.

Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka mendirikan sembahyang malam (tarawih)dengan ikhlas dan penuh keimanan, . Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua dispilin Ramadan dijaga. Namun ini hanyalah pengampuanan dosa terhadap Allah SWT, dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama sendiri.

Diluar Ramdahan, dosa diampunkan hanya setelah beristigfar, berwuduk dan solat berjemaah tetapi dalam bulan Ramadhan, qiyam pada malamnya menghapuskan dosa tanpa perlu beristigfar.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: