Kelebihan Memberi Makan

Memberi makan kepada mereka yang kelaparan terutamanya anak yatim, orang miskin dan kaum kerabat adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah dan mukmin pemberi makanan itu adalah ahli syurga. Ia juga dapat melembutkan hati si pemberi itu dan seterusnya memperolehi apa yang dihajatinya.

Al-Balad [11] Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan[12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”. (Insan:5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (Insan:6) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. (Insan:7)

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Insan:8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (Insan:9).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apakah engkau suka bila hatimu menjadi lunak (lembut) dan dapat mencapai apa yang diperlukan; kasihanilah anak yatim; usaplah kepalanya dan berilah dia makan dari makananmu, nescaya hatimu lunak (lembut) dan engkau dapat memperolehi apa yang kamu hajati (Riwayat Thabrani melalui Abu Darda). 

Memberi makan kepada orang yang lapar sangat istimewa balasannya daripada Allah SWT.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)

Oleh itu sekiranya ada orang miskin yang lapar, ajaklah mereka makan dan belanjalah mereka. Sebaiknya bawa mereka ke tempat makan atau belikan apa yang mereka suka makan. Ini lebih baik daripada memberi wang kerana jika kita beri wang, mungkin mereka tidak menggunakan kesemuanya untuk makan dan kita tidak akan mendapat kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: