Isi Masa Dengan Mengingati Allah

Mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya. Ingatlah Allah walaupun semasa berjalan, memandu, bahkan sambil berbaring di atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Rasulullah tetap mengingati Allah walaupun di dalam tidurnya (matanya tidur tetapi hatinya tidak).

Rasulullah saw apabila telah jelas waktu Subuh, baginda terus mengerjakan dua rakaat sunat Subuh, kemudian beliau tidur di atas lambungan kanannya sehingga sahabat-sahabatnya telah berkumpul di masjid barulah Bilal r.a akan datang menjemput Rasulullah saw untuk keluar mengerjakan solah fardhu Subuh. Baginda tidak kembali berwuduhu’ walaupun sudah tidur. Baginda walau tidur macam mana sekalipun tidak batal wudhu dan Baginda pernah memberitahu isterinya Aisyah bahawa “mata aku sahaja tidur tetapi hati aku tidak tidur”

Ramai juga yang masuk syurga VIP kerana berzikir di atas tilam yang empuk. 

Abu Said Al-K hudri r. a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s.w.t di atas tilam yang empuk, yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga.”

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).

Abu Said Al Khudri menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda :Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang orang mengatakan bahawa kamu telah gila. (Hadith Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: