Dunia Untuk Kita, Kita Untuk Akhirat

Dunia ini diciptakan untuk kita dan kita pula diciptakan untuk akhirat. Carilah dan gunakanlah kurniaan Allah di dunia ini samada dalam bentuk harta, ekonomi, bisnes, jawatan, kedudukan, ilmu, akal fikiran dan sebagainya sebaik mungkin demi untuk mencapai kejayaan di negeri akhirat yang kekal abadi. 

Al-Mulk [15] : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Sahabat nabi yang jutawan seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Usman dan Abdul Rahman Bin Auf r.a. menggunakan harta kekayaan mereka untuk kepentingan umat Islam. Carilah harta untuk keperluan Islam sebagaimana Sayyidina Abu Bakar memberikan kesemua hartanya untuk keperluan Islam di dalam satu perang. Sayyidina Umar pula memberikan separuh hartanya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.a. menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak).

Dengan modal sebanyak 7 dirham (lebih kurang RM 7), Abdul Rahman Bin Auf RA telah menjadi jutawan di zaman Nabi kita, kekasih Allah SWT. Beliau berasal dari Makkah Mukarramah. Apabila berpindah ke Madinah Munawwarah, beliau bertanya seorang sahabat lain “Tunjukkan kepadaku di mana pasar?”. Di pasar tersebut beliau membeli barang-barang dagangan yang diingini beliau dan kemudian beliau menjualnya di pasar itu juga sehingga akhirnya beliau menjadi salah seorang sahabat yang terkaya.

Qasas [77] : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah Subhanahuwata’ala kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: