Petunjuk dan Bekalan Balik Ke Syurga

Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga. Allah s.w.t. telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, setelah moyang kita Nabi Adam a.s.  dikeluarkan dari syurga..

Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Buatlah persediaan, pelaburan dunia sebagai bekalan modal dan pelaburan untuk ke menuju ke negeri akhirat. Tanamlah modal kebajikan di dunia untuk di bawa pulang ke kampung akhirat sepertimana kita berhijrah ke kota untuk mencari rezeki dan di bawa pulang kepada ibubapa yang berada di kampung.

Muzammil [20]….dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah swt.

Apa jua ibadah atau amalan yang dilakukan di dunia ini yang betul niatnya dan caranya akan dikirimkan pahalanya di negeri akhirat nanti. Setiap hari kita mengirimkan pahala melalui ibadah dan amalan yang dilakukan, seperti kiriman wang yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang di tempat lain melalui perbankan pada masa kini.

Dunia bukanlah rumah kita. Dunia ini hanyalah satu tempat sementara dan di sinilah tempat kita diuji dan keputusannya diketahui di negeri Akhirat. Segala kebaikan yang telah dilakukan di sini (dunia) akan dihantar ke sana (kampung akhirat). Ia juga umpama pelaburan amanah saham, setiap yang dilaburkan pada masa dahulu akan diberi pulangan di masa hadapan (“bijak dahulu bijak sekarang”). ,

Janganlah terlalu mengejar kesenangan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat. Kita hanya “transit” dalam perjalanan kembali ke rumah kita. Orang yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk dibawa balik ke rumah. Maka apakah yang kita bawa untuk kembali ke syurga?

Sepertimana kita berusaha mencari harta untuk kehidupan dunia, berusahalah untuk kehidupan akhirat. Istigfar dan zikirlah walau sambil berjalan atau di tempat tidur. Bila bangun daripada tidur, teruslah ingat kepada Allah SWT dan berdoa supaya diampunkan dosa kita, keluarga dan bersyukurlah kerana masih dihidupkan. 

Kita tidak berasal dari bumi,kita adalah penduduk syurga. Rumah kita disana jauh lebih cantik yang tidak tercapai dek akal dan bidadari sedia menunggu. Ikutilah peta (Al Qur’an) yang Allah kirimkan sebagai panduan perjalanan dan sediakanlah bekalan secukupnya. Jangan sampai tersalah arah dan melencong ke jalan iblis Laknatullah iaitu neraka. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: