Rezeki Kita Berbeza-beza

Rezeki dalam hidup kita lain-lain dan datangnya dalam pelbagai bentuk. Rezeki itu meliputi banyak perkara seperti harta benda, makanan, minuman, anak, isteri, kesihatan serta dapat melakukan amalan soleh seperti solat berjemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. 
Hormati Rezeki

Rezeki juga mempunyai maruah dan perlu dihormati. Rasulullah saw sendiri apabila makan, Baginda akan makan  sehingga licin pinggannya. Selain itu Rasulullah saw menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh:

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan” (HR Muslim)

Redha Dengan Rezeki Yang Diberikan

Rasulullah s.a.w. bersabda“Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit” (Riwayat Baihaqi dari Ali).

Amalan yang sedikit di sini bermakna yang amalan yang wajib dilakukan dan tidak ditinggalkan, cuma sedikit atau tidak dilakukan amalan sunat.

Rasulullah s.a.w bersabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Saad Bin Abi Waqas). 

Orang-orang yang lemah seperti kanak-kanak, orang yang sangat tua, orang miskin, cacat dijadikan Allah supaya dibantu. Dalam hadith yang lain Allah melanjutkan rezeki orang yang menolong mereka yang lemah itu.

Tidak Mati Selagi Tidak Sempurna Rezeki Allah

.Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T

Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa.

Rezeki Terhalang Disebabkan Dosa Yang Dilakukan.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seseorang itu terhalang rezekinya disebabkan dosa yang dilakukannya; tidak ada yang boleh menolak takdir melainkan dengan doa dan tidak bertambahnya umur kecuali dengan amal kebajikan” (Riwayat Ibnu Hibban).

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Sesiapa yang rezekinya lambat, perbanyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah Subhanahuwata’ala dukacitanya itu jalan keluar (kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad).

Dari Jabir bin Abdillah r.a : “Bahawasanya ada seseorang yang datang mengadap Nabi Saw dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak diberi anak dan aku tidak memiliki anak seorangpun.’ Beliau Saw bersabda : ‘Di mana kamu denganbanyaknya beristighfar dan bersedekah yang dengannya engkau akan diberi anak?’ Maka orang itupun memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Diapun mendapat sembilan orang anak laki-laki.”

Selain itu doakanlah kedua ibubapa. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat ad-Dailami). 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya rezeki itu mencari seorang hamba lebih kerap daripada apa yang dicari oleh ajalnya” (Riwayat Thabrani melalui Abu Daud)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: