Bersabar dan Menelan Kemarahan

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. Daripada Abi Ad-Darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani).

Bersabar

Seorang Mukmin akan bersabar dalam apa jua urusannya. Bersabar dari melakukan kemaksiatan, bersabar atas kemiskinan, bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar dalam penganiayaan, bersabar dari kejian orang-orang kafir. 

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Ar-Ra’d:22) Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Ar-Ra’d:223)

Pertolongan akan diberi oleh Allah mengikut tahap kesabaran kita. Kalau kita bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Pertolongan Allah datang dengan bersabar,  jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Menelan Kemarahan

Rasululullah sallallaahu alayhi wa sallam bersabda “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang paling kuat di antara kamu? Orang yang sanggup menahan nafsunya ketika dia sedang marah ” (Riwayat Thabrani daripada Anas r.s).

Sebagai pemimpin, samada kepada rakyat atau keluarga, Rasulullah s.a.w. tidak pernah bercakap kasar, tidak bersikap bengis, tidak marah-marah, tidak menengking atau memalukan mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sewajarnyalah kita mencontohi sikap Baginda Mulia dalam hal ini, kerana nilai akhlak mulia Baginda adalah cukup tinggi.

Anas Bin Malik r.a. telah berkhidmat selama 10 tahun kepada Rasulullah s.a.w. semenjak beliau masih kecil lagi. Sepanjang perkhidmatannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengatakan ‘salah’ terhadap kesalahan yang Anas lakukan, sebaliknya Baginda  memberi tunjuk cara dengan menunjukkan contoh perbuatan yang betul bagi membetulkan kesilapan Anas itu, inilah cara Baginda Mulia s.a.w.

Dikisahkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa ketika Nabi pertama kali masuk ke kota Madinah, Baginda tidak memiliki pembantu. Lalu Abu Talhah memegang tanganku dan mengajak aku pergi ke hadapan Nabi dan berkata: “Wahai Nabiyullah, sesungguhnya Anas adalah anak yang cerdas, mohon jadikan dia sebagai pembantumu.” Maka aku pun membantu Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir dan juga ketika di Madinah sehinggalah Rasulullah wafat. Selama aku membantu Nabi, Baginda tidak pernah berkata, “mengapa kamu melakukan ini?” untuk apa yang aku lakukan atau “mengapa kamu tinggalkan ini?” untuk apa yang tidak aku lakukan, [Riwayat Bukhari]. 

Anas bin Malik r.a juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik akhlaknya, paling lapang dadanya dan paling besar kasih sayangnya. Suatu hari Baginda menghantarku untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat, tetapi aku menuju kepada anak-anak yang sedang bermain di pasar dan bukannya melaksanakan tugas Rasul itu, aku ingin bermain bersama mereka, aku tidak pergi menunaikan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah. Beberapa ketika setelah berada di tengah-tengah anak-anak itu, aku merasa seseorang berdiri di belakangku dan memegang bajuku. Aku menoleh, ternyata dia adalah Rasulullah s.a.w, dengan tersenyum dia berkata, “Wahai Anas kecil, apakah kamu telah pergi seperti yang aku perintahkan?” Maka aku pun menjawab, “Ya, sekarang aku berangkat, Rasulullah.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: