Bersederhana Dalam Pelbagai Aspek

Dalam hadith disebut: “Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad). Kata ulama “sebaik-baik perkara ialah pertengahan (sederhana) dan kata pepatah Melayu pula “Buat baik berpada-pada“. Umat Muhammad adalah umat yang sederhana berbanding golongan Yahudi dan Nasrani. Agama dan syariat atau hukum-hakam Islam lebih sederhana dan berlemah-lembut berbanding agama mereka. Kita juga diajar supaya bersederhana dalam beribadah, makan-minum dan berkawan.

Sederhana Dalam Beribadah Tetapi Konsisten (Berterusan)

Demi Allah sesungguhnya aku orang yang paling takutkan Allah dan paling bertaqwa. Namun aku berpuasa dan berbuka, bersembahyang dan tidur dan menggauli wanita. Sesiapa yang berpaling dari sunnahku bukan daripadaku.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Nabi s.a.w. menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia menghamparkan tikar itu dan duduk diatasnya. Orang-orang datang berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda,”Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit.” (Riwayat Bukhari)

Furqan [67] : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu

Sederhana Dalam Berkawan dan Bermusuh

Rasulullah saw bersabda, kasihilah seseorang secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi kawanmu (Riwayat Tirmidzi). 

Sederhana Dalam Makan Minum

Jauhilah membuncitkan buncit (makan dan minum secara berlebihan), kerana sesungguhnya ia merosakkan jisim (tubuh), dan dapat menyebabkan malas mengerjakan solat, dan bersederhanalah dalam kedua hal tersebut kerana sesungguhnya bersederhana itu lebih baik bagi tubuh dan menjauhkan diri dari membazir (Riwayat Bukhari).

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: