Mati Syahid Perlu Ada Keberanian

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). (Ali-Imran:143) Baca baki entri ini »

Pelbagai Cara Allah Membersihkan Hati

Ali-Imran [104] Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka)..  Baca baki entri ini »

Merdeka Daripada Neraka

Setiap manusia keluar pada waktu pagi menjual dirinya, dalam pasaran yang terbuka, samada dia berjaya memerdekakan dirinya pada hari itu dari neraka atau membinasakan dirinya untuk masuk neraka (Riwayat Abu Malik Ashaari r.a.). Baca baki entri ini »

Disebalik Sujud dan Hakikat Islam

Petikan dari kitab Mastika Hadith Jilid 2… hakikat sujud bukan setakat sujud anggota yang zahir tetapi juga sujud hati kepada Allah SWT. Apabila hati orang yang mengerjakan solat itu khusyuk kepada Allah SWT, khusyuklah pula anggotanya bersama-sama. Apabila hati sujud kepada Allah SWT, sujudlah pula anggota dengan penyerahan yang sebulat-bulatnya kepada Allah SWT dalam segala keadaan dan urusannya. Demikian itu menjadikannya seorang Muslim yang sebenar-benarnya. Baca baki entri ini »

Adab dan Peraturan Berdoa

Petikan dari kitab Mastika Hadith Jilid 2…(1)  Hendaklah doa itu terpancar dari hati yang tulus. (2) Dipohonkan dengan bersungguh-sungguh dan merayu dengan penuh kesedaran tentang kelemahan diri sendiri dan tentang berhajatnya (kebergantungan) kita kepada pertolongan Allah SWT yang Maha Kuasa, yang menjadi tumpuan sekelian makhluknya (3) Jangan berputus asa, bahkan hendaklah diulang-ulangkan permohonan itu pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada saat yang berkat iaitu waktu doa diterima (4) Apa yang dipohonkan itu janganlah perkara yang dilarang (4) Orang yang berdoa itu hendaklah dalam keadaan yang diredhai Allah, kerana orang yang dimurkai, disebabkan perbuatannya yang salah, masakan doanya dimakbulkan. 

Baca baki entri ini »

Muslim Tidak Menyakiti Saudaranya

Cegahlah mulut kamu daripada menyakiti muslim, apabila seseorang di antara mereka meninggal, maka katakanlah perkara yang baik mengenainya (Riwayat Thabrani). Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi) Baca baki entri ini »

4 Tabungan Syurga

Ada empat perkara yang merupakan perbendaharaan di syurga iaitu menyembunyikan sedekah, menyembunyikan musibah, menghubungkan silaturrahim dan ucapan “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” (tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah) [Riwayat Al-Khatib melalui Sayyidina Ali k.w.] Baca baki entri ini »