4 Tabungan Syurga

Ada empat perkara yang merupakan perbendaharaan di syurga iaitu menyembunyikan sedekah, menyembunyikan musibah, menghubungkan silaturrahim dan ucapan “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” (tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah) [Riwayat Al-Khatib melalui Sayyidina Ali k.w.]

Sedekah sunat afdhal dilakukan secara senyap-senyap(sembunyi).Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya”. Sedekah secara sembunyi ini ialah seperti “seluk je dan beri apa yang ada dalam poket tanpa melihat berapa jumlah yang diberikan”. Ini yang terbaik. Selain itu sedekah secara sembunyi ialah tidak menyebutnya atau memberitahu orang lain tentang pemberian itu.

Islam mementingkan silaturrahim. Dalam hadith yang lain disebut, 1000 kawan masih dikira sedikit, seorang musuh sudah dikira ramai. Islam mementingkan silaturrahim. Dalam hadith yang lain disebut, 1000 kawan masih dikira sedikit, seorang musuh sudah dikira ramai.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim (Riwayat Bukhari)

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya. Musibah adalah bencana atau sesuatu yang mendukacitakan yang menimpa. Bala atau musibah adalah ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: