Muslim Tidak Menyakiti Saudaranya

Cegahlah mulut kamu daripada menyakiti muslim, apabila seseorang di antara mereka meninggal, maka katakanlah perkara yang baik mengenainya (Riwayat Thabrani). Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)

Ceritakan Kebaikan, Sembunyikan Keburukan

Dari Anas r.a katanya:”Satu jenazah diusung melalui satu tempat. Lalu orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. “Ya, wajib (pasti).” Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula usungan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula:”Mayat yang jahat.” Berkata Rasulullah saw.:”Ya, wajib (pasti)!” Maka bertanya Umar bin al-Khattab:”Apakah yang wajib (pasti) ya Rasulullah?” jawab baginda:”Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.”(Riwayat Muslim)

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa: 148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (An-Nisaa: 149)

Menyelamatkan Muslim Lain Daripada Kata-Kata Buruk

Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)

Abu Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’ Baginda menjawab “Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)” (Riwayat Bukhari)

Muslim yang paling baik, tidak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia tidak membuat fitnah kepada orang  sesama Islam. Muslim yang baik juga tidak berhasad dengki sesama orang Islam.

Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan menggunakan anggota badannya yang lain untuk menyakiti orang Islam yang lain.

Berakhlaklah dengan mengikut akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik  sebagaimana yang disebut dalam AlQuran. Akhlak Muslim yang mulia itu berat timbangannya. Amalan yang dilakukan beserta dengan akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.

Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

Kerana Mulut Badan Binasa

Amalan yang banyak tetapi disertai dengan akhlak yang buruk pula mengurangkan pahala. Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: