Adab dan Peraturan Berdoa

Petikan dari kitab Mastika Hadith Jilid 2…(1)  Hendaklah doa itu terpancar dari hati yang tulus. (2) Dipohonkan dengan bersungguh-sungguh dan merayu dengan penuh kesedaran tentang kelemahan diri sendiri dan tentang berhajatnya (kebergantungan) kita kepada pertolongan Allah SWT yang Maha Kuasa, yang menjadi tumpuan sekelian makhluknya (3) Jangan berputus asa, bahkan hendaklah diulang-ulangkan permohonan itu pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada saat yang berkat iaitu waktu doa diterima (4) Apa yang dipohonkan itu janganlah perkara yang dilarang (4) Orang yang berdoa itu hendaklah dalam keadaan yang diredhai Allah, kerana orang yang dimurkai, disebabkan perbuatannya yang salah, masakan doanya dimakbulkan. 

Adab dalam berdoa ialah doa yang terpancar dari hati yang ikhlas, bersungguh-sungguh, tidak putus asa, diulang-ulang pada saat yang berkat.

Sesungguhnya Allah Ta‘ala menyukai orang-orang yang mengulang-ngulang di dalam berdoa.” (Hadis riwayat Baihaqi). 

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu maksudnya :“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai serta tidak sungguh-sungguh.”

Saat Yang Berkat (Makbul Doa)

Tempat dan masa doa makbul Allah terima doa antaranya ialah selepas solat fardhu, di antara azan dan qamat, semasa hujan, masa ayam berkokok. Doa selepas wudu’ gugurkan dosa. Doa dalam hati, dalam sujud juga makbul.

Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.”(Hadis riwayat Tirmidzi). 

“Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah sembahyang fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Jangan Putus Asa

Cepat atau lambat doa diterima bergantung pada Allah dan juga bergantung pada banyak atau sedikit dosa orang yang berdoa itu. Ada orang taubat 30 tahun baru Allah terima. Nabi Musa berdoa 30 tahun barulah Firaun mati. Tanpa doa dan usaha Allah tidak akan baiki nasib. Allah beri kemudahan untuk sesorang itu jadi apa yang dikehendakinya.

Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”.

“Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Dalam Keadaan Yang Diredhai Allah.

Jagalah makan, minum, pakaian dan kerana ia sebahagian daripada syarat Allah SWT terima doa kita.

Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: