Disebalik Sujud dan Hakikat Islam

Petikan dari kitab Mastika Hadith Jilid 2… hakikat sujud bukan setakat sujud anggota yang zahir tetapi juga sujud hati kepada Allah SWT. Apabila hati orang yang mengerjakan solat itu khusyuk kepada Allah SWT, khusyuklah pula anggotanya bersama-sama. Apabila hati sujud kepada Allah SWT, sujudlah pula anggota dengan penyerahan yang sebulat-bulatnya kepada Allah SWT dalam segala keadaan dan urusannya. Demikian itu menjadikannya seorang Muslim yang sebenar-benarnya.

Sujud dua kali dalam sembahyang berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah.

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hakikat Islam. lalu Baginda Mulia menerangkan bahawa “hendaklah hatimu berserah bulat-bulat kepada Allah, dan (selain itu) hendaklah orang-orang Islam terselamat daripada (seluruh anggotamu, terutama) lidah dan tanganmu.

Islam bermakna tunduk dan patuh kepada perintah serta berserah kepada Allah. Islam juga bermaksud menyerahkan hati kepada Allah dan selamatkan orang Islam lain dari mulut yang celupar dan perbuatan yang tidak senonoh”. “Serah hati kepada Allah” ialah “fikir hak Allah”, bagaimana hendak berkempen menarik orang kepada Allah.Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan anggota lain untuk menyakiti orang Islam yang lain.

Daripada Abdullah bin `Amru r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya; (Bukhari).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: