Merdeka Daripada Neraka

Setiap manusia keluar pada waktu pagi menjual dirinya, dalam pasaran yang terbuka, samada dia berjaya memerdekakan dirinya pada hari itu dari neraka atau membinasakan dirinya untuk masuk neraka (Riwayat Abu Malik Ashaari r.a.).

Dalam hadis yang lain disebut, tiap-tiap hari roh berseru kepada tuannya supaya tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah, kerana roh itu yang akan diseksa. Roh itu merayu pada tuannya, tetapi tidak didengari.

Setiap hari manusia keluar untuk bekerja, berniaga dan sebagainya (menjual dirinya) dan amalannya pada hari itulah yang menentukan dia masuk syurga (merdeka) atau neraka (binasa) Oleh itu selalulah muhasabah iaitu kira amalan yang dilakukan setiap hari. Amalan yang mana banyak, yang boleh menghumban ke neraka atau melepaskan dari neraka. Seperti orang bisnes, bila tutup kedai mereka akan buat perkiraan dan check barang mana yang sudah habis.

Bersihkan diri daripada dosa, agar hati merdeka. Merdeka daripada seksa azab neraka..

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka….

Rasulullah mengajar kita berdoa “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.  Baginda juga bersabda

“Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum sembahyang Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka. “Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”. Namun syaratnya hendaklah dilakukan segala ibadah dan kewajipan-kewajipan yang lain

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi)

Hanya Rahmat Allah yang boleh memerdekakan kita daripada api neraka.

Daripada Jabir r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: