Mati Syahid Perlu Ada Keberanian

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). (Ali-Imran:143)

Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa beberapa orang berkata: “Alangkah baiknya kalau kita mati syahid seperti orang-orang yang berjuang di perang Badar atau mendapat kesempatan seperti pada perang Badar dengan mengalahkan kaum musyrikin, tabah dalam ujian, mati syahid dengan memperolehi syurga atau hidup mendapat rezeki.” Maka Allah memberikan kepada mereka kesempatan untuk ikut serta dalam perang Uhud. Akan tetapi ternyata mereka tidak tabah dan bertahan di dalam peperangan itu kecuali sebahagian kecil di antara mereka yang dikehendaki Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda ”Wahai manusia, janganlah kamu bercita-cita untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka jangan lari (bertahanlah). Berdoalah meminta kesihatan dan apabila bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Dan ketahuilah oleh kamu bahawa syurga itu terletak di bawah bayangan pedang. Wahai Allah Tuhan yang menurunkan AlQuran, dan yang mengiringi awan serta yang menghancurkan golongan yang bersekutu (Ahzab), kalahkanlah mereka dan tolonglah kami dalam menghadapi mereka (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengatakan kepada seorang pemuda yang bercita-cita untuk bertemu dengan tentera musuh supaya “jangan mencari musuh tetapi jika musuh datang menyerang, janganlah lari.”

Anfal [15] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.

Malaikat khas akan didatangkan untuk mensyahidkan (menyaksikan) mereka yang mati syahid di medan peperangan. Mati syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh dalam pertempuran di medan peperangan kerana mendaulatkan Islam, menegakkan perintah atau hukum Allah dan mempertahankan negeri Islam daripada serangan musuh.

Dari Sahl bin Hunaif r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memohonkan kepada Allah akan kesyahidan – yakni supaya mati syahid – dengan hati yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tempat kediaman para syuhada – yakni pahalanya disamakan dengan mereka, sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: