Balasan Mengikut Apa Yang Diniatkan

..sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali-Imran:145)

Berkata Saidina Umar Bin Al Khattab r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:“Hanya sesungguhnya segala ‘Amalan itu dengan Niat, dan hanya sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan, (olehnya) siapa yang berhijrah (berpindah) kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. maka hijrahnya itu tetap kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. dan siapa yang berhijrah untuk mendapat habuan dari dunia, atau untuk perempuan yang hendak dinikahkannya, maka hijrahnya itu (tetap) kepada apa yang menyebabkan ianya berhijrah itu.

Orang Islam yang membunuh sesama sendiri akan masuk neraka samada yang membunuh atau dibunuh kerana kedua-duanya berniat untuk membunuh.

Dari Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda : Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Bahkan orang yang berjihad juga perlu menjaga niatnya:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah SWT) lalu Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka ia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah SWT lalu bertanya kepadanya: “Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Ku berikan kepadamu itu?” Ia menjawab: “Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid.” Allah SWT berkata kepadanya: “Engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu.” Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: