Semangat Kental dan Keberanian Pejuang Terdahulu

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar. (Ali-Imran:146)

Walaupun cedera dan disakiti ketika berperang seperti terluka dan patah kaki, namun pejuang terdahulu tidak merasa hina, tergugat, kesal, dukacita atau gusar.

Mereka tetap bersabar iaitu kekal dengan pendirian dan keberanian mereka untuk terus berperang pada jalan Allah SWT dan tidak melarikan diri dari peperangan.

Ketika Perang Badar, orang Islam pada masa itu cuma mempunyai beberapa bilah pedang, kayu dan beberapa ekor kuda sahaja berbanding tentera kafir yang cukup kelengkapan. Namun mereka mempunyai kekuatan rohani yang terhasil dari sembahyang dan zikir pada waktu pagi dan petang. Setelah mengumpulkan kekuatan senjata yang termampu dan tentera Islam berjumlah 313 orang, turunlah perintah supaya mereka berperang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat (berani) daripada orang Mukmin yang lemah (Riwayat Muslim).

Kuat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah kuat hati. Para nabi dan rasul merupakan orang-orang yang berani dan kuat hatinya dalam menyampaikan kebenaran.

Dalam Al-Quran, Allah juga mengingatkan Nabi Musa bahawa Allah tidak melantik orang yang penakut untuk menjadi Rasul.

An-Naml 10] Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,

Nabi Nuh juga seorang yang berani dalam menyampaikan kebenaran. Siang malam Nabi Nuh berdakwah, dipukul berkali-kali. Namun baginda tidak serik, terus juga berdakwah. Begitulah keberaniannya. 

Nabi Muhammad SAW pula adalah nabi yang menghadapi keadaan yang paling teruk semasa berjihad di medan perang.  Baginda SAW menentang dua musuh iaitu Yahudi dan Quraisy manakala Nabi lain hanya berdepan dengan satu musuh. Bahkan Nabi Muhammad syahid (gugur) dua batang giginya dalam perang Uhud.

Setiap perjuangan dahagakan pengorbanan.  Segala kesusahan yang dialami dalam perjuangan agama adalah  merupakan ujian dan dugaan.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;(Baqarah: 155)

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: