Gurindam Orang Rugi

Rugilah orang jahil yang tidak belajar. Rugilah orang alim yang tidak beramal. Rugilah orang beriman yang tidak beramal soleh. Rugilah orang beramal yang tidak berpesan. Rugilah orang kaya yang tidak bersedekah. Rugilah orang miskin yang tidak berzikir. Rugilah orang sihat yang tidak beribadat sebelum sakit. Rugilah orang muda yang tidak beramal sebelum tua. Rugilah orang yang kelapangan tetapi tidak berzikir sebelum kesibukan. Rugilah orang hidup yang tidak berbekal sebelum mati. Rugilah orang mati yang tidak cukup bekalannya.

Dua orang yang paling rugi menyesal di negeri akhirat ialah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya dan orang yang mempunyai peluang mencari ilmu tetapi tidak melakukannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa”.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[Asr:3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan. Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan. Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: