Balasan Golongan Muhsin

Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali-Imran:148)

Orang Islam yang muhsin adalah mereka yang patuh dan mengikut peraturan dan perintah Allah. Orang Islam yang muhsin adalah mereka yang berpaut pada pautan yang kuat iaitu agama Islam.

Al-Ankabut [69] Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (Muhsin)

وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ….

dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang melakukan kebaikan (Baqarah:195)

.. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik… (Ali-Imran: 110).

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda, Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun ia hanya bermuka manis ketika bertemu saudaramu.” (Riwayat Muslim).

Buat Baik Walaupun Kepada Binatang

Rasulullah pernah mengisahkan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

Sebaliknya beliau juga pernah mengisahkan bahwa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: